Pengedar Herbalife Kuantan

Pengedar Herbalife Kuantan

Thursday, October 15, 2015

Nak kurus cepat? Ketahui nombor magik anda dulu

Anda Nak Kurus Cepat? Sudah tau apakah nombor magik badan anda?


Apa itu nombor magik?
Nombor magik yang dimaksudkan adalah BMR iaitu Basal Metabolic Rate. 
BMR ialah jumlah tenaga (dalam kiraan kalori) yang diperlukan oleh badan kita dalam keadaan rehat selama 24 jam untuk melakukan semua aktiviti asas seperti bernafas, penghasilan sel badan, perjalanan darah dalam badan, kawalan suhu badan dan lain-lain lagi. Jadi, sebenarnya badan kita bekerja keras walaupun dalam keadaan kita rehat atau baring di atas katil sepanjang hari.

Kenapa BMR penting untuk kuruskan badan?

JIka anda ingin menurunkan berat badan, nak kurus cepat, naikkan otot, berlari lebih laju, atau ingin menyertai program latihan, adalah penting untuk mengetahui berapa BMR atau nombor magik anda. Ini dapat membantu anda memastikan enjin badan anda dalam keadaan berkuasa tinggi. Setelah anda ketahui berapa BMR yang diperlukan oleh badan, bukan sahaja lebih mudah mengenalpasti pelan pemakanan sihat yang akan memenuhi BMR anda malah memberikan anda rasa lebih kenyang dan bertenaga. Selain daripada itu, anda boleh kenalpasti jenis senaman yang sesuai dengan keperluan BMR untuk capai matlamat anda.

Tetapi, apabila badan sudah mula terbiasa dengan sesuatu rutin, anda perlu mendapatkan BMR terbaru anda kerana nombor ini sentiasa berubah. Anda boleh hubungi mana-mana Jurulatih Bebas Herbalife untuk ketahui berapa BMR anda terkini. Jika anda di Kuantan, boleh hubungi saya Coach Bebas Herbalife untuk ketahui nombor magik anda dan bantu anda yang nak kurus cepat.

Formula untuk BMR adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan:
Untuk lelaki: BMR = 10 x berat(kg) + 6.25 x tinggi(cm) – 5 x umur (tahun) + 5
Untuk perempuan: BMR = 10 x berat(kg) + 6.25 x tinggi(cm) – 5 x umur (tahun) – 161

Setelah mengetahui berapa nombor magik anda, anda boleh memperbaiki usaha menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan kalori, atau membuat pelan untuk menambah aktiviti fizikal yang membakar kalori.

Saya turun 18kg dengan menukar pemakanan kepada makanan rendah kalori. Download ebook untuk ketahui bagaimana

Macamana nak kurus cepat dengan nombor magik ini?

Untuk mereka yang nak kurus cepat, anda boleh mengubahsuai jumlah kalori yang diambil mengikut jenis program diet yang sesuai bagi program turun berat badan. Apa yang anda perlu lakukan ialah:-

1. Tetapkan pengambilan kalori sehari.
Ambil 500 kalori kurang dari keperluan sebenar akan dapat menurunkan 1 paun berat setiap minggu.

2. Kemaskini hasil senaman
Anda boleh memilih senaman berbentuk aerobik untuk membakar kalori lebih tinggi dalam masa tertentu, atau senaman berbentuk 'strength' yang akan menyebabkan otot terus membakar lemak dalam keadaan rehat. Rujuk dengan Jurulatih untuk pilihan senaman yang sesuai. 
Jika anda membakar 250 kalori dengan bersenam, selain daripada pengurangan kalori melalui diet, anda yang nak kurus cepat akan dapat kurangkan setengah paun lebih cepat dalam setiap minggu.

Jadi, saya nak kurus cepat. Macamana nak tau nombor magik ini?

Jika anda tinggal berdekatan Kuantan, Pahang, anda boleh temui saya  supaya saya bantu buat analisa badan dan terangkan mengenai nombor magik anda. Saya boleh bantu anda yang nak kurus cepat supaya capai berat badan yang diinginkan dengan cara yang sihat dan selamat.

Jangan risau jika anda di luar Kuantan. Hubungi saya secara online atau Whatsapp ke nombor 0179360797 supaya saya boleh bantu kenalpasti no magik atau BMR anda dan cadangkan jenis diet turun berat yang sesuai untuk anda turunkan berat badan dengan berkesan.

Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Bebas Herbalife yang telah turun 18kg dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dengan pelan pemakanan yang rendah kalori tetapi mengenyangkan dan memberikan tenaga. Anda mungkin orang seterusnya yang akan mendapat hasil kejayaan dalam menurunkan berat badan. Ini adalah masa untuk anda melakukan perubahan. Dapatkan bimbingan jurulatih Aziera Yazid sebelum terlambat.

 

No comments:

Post a Comment

Isikan maklumat berikut

Isikan maklumat dibawah jika anda serius untuk melantik saya sebagai Jurulatih Pengurusan Berat Badan anda

Nama:
Email:
No Telefon

This HTML form was created by Freedback.

Menurunkan Berat Badan dengan Aziera Yazid